" Anda juga boleh mencipta kejayaan selagi anda tidak berhenti mencuba. Masa muda kita diciptakan Tuhan untuk bekerja keras bukan untuk bermalas-malas " - Nur Amalina
DOA MENDAPAT KEFAHAMAN
- Sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Tuhan minta ditajamkan minda dan dimudahkan memahami sesuatu pelajaran
TIP MENGINGATI FORMULA & FAKTA
- Buat nota ringkas
- Lukis peta minda apabila mengulangkaji atau mepelajari tajuk baru
- Wujudkan kata kunci
- Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa
- Latih tubi membuatkan lama-kelamaan mudah untuk mengingati
- Ulangkaji di rumah secara berterusan
TIP MENGUAT INGATAN
- Tumpu perhatian penuh dalam kelas
- Berfikiran positif
- Fikir perkara berfaedah sahaja
- Elak berfikir perkara yang memesongkan dan merosakkan minda
- Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan dan makanan segera
- Jangan minum minuman bergas
LANGKAH MENGULANGKAJI
- Semak sekali lalu bab yang hendak diulangkaji
- Baca tajuk-tajuk besar terlebih dahulu kemudian tajuk-tajuk kecil
- Meneliti dan cuba memahami gambar, gambarajah, ilustrasi dan jadual yang tertera di dalam bab tersebut
- Apabila telah mendapat gambaran tentang sesuatu tajuk itu barulah teliti isinya secara terperinci
- Tandakan isi-isi penting dengan highlighter di buku teks atau buat peta minda dalam buku nota khas
- Cari atau reka sendiri kata kunci
- Pada masa yang sama cuba mengingat
- Cipta kaedah sendiri untuk mengingati sesuatu yang sukar dan kompleks
- Ulangkaji awal, jangan tunggu hingga saat akhir sebelum peperiksaan
KAEDAH MEMAHAMI
- Fahami sesuatu konsep itu secara menyeluruh terlebih dahulu
- Setelah faham barulah mudah mengingat data & menghafal
- Menghafal membuta tuli belum tentu dapat ilmu atau faham
- Gambarkan apa yang dibaca di dalam minda
- Minda kita hendaklah sentiasa bersedia menerima perkara baru yang dipelajari
Sumber - Teknik Belajar Berkesan - Nur Amalina / Telaga Biru