Sunday, September 21, 2008

TEKNIK BELAJAR - NUR AMALINA


" Anda juga boleh mencipta kejayaan selagi anda tidak berhenti mencuba. Masa muda kita diciptakan Tuhan untuk bekerja keras bukan untuk bermalas-malas " - Nur Amalina

DOA MENDAPAT KEFAHAMAN

  • Sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Tuhan minta ditajamkan minda dan dimudahkan memahami sesuatu pelajaran

TIP MENGINGATI FORMULA & FAKTA

  • Buat nota ringkas
  • Lukis peta minda apabila mengulangkaji atau mepelajari tajuk baru
  • Wujudkan kata kunci
  • Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa
  • Latih tubi membuatkan lama-kelamaan mudah untuk mengingati
  • Ulangkaji di rumah secara berterusan

TIP MENGUAT INGATAN

  • Tumpu perhatian penuh dalam kelas
  • Berfikiran positif
  • Fikir perkara berfaedah sahaja
  • Elak berfikir perkara yang memesongkan dan merosakkan minda
  • Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan dan makanan segera
  • Jangan minum minuman bergas

LANGKAH MENGULANGKAJI

  • Semak sekali lalu bab yang hendak diulangkaji
  • Baca tajuk-tajuk besar terlebih dahulu kemudian tajuk-tajuk kecil
  • Meneliti dan cuba memahami gambar, gambarajah, ilustrasi dan jadual yang tertera di dalam bab tersebut
  • Apabila telah mendapat gambaran tentang sesuatu tajuk itu barulah teliti isinya secara terperinci
  • Tandakan isi-isi penting dengan highlighter di buku teks atau buat peta minda dalam buku nota khas
  • Cari atau reka sendiri kata kunci
  • Pada masa yang sama cuba mengingat
  • Cipta kaedah sendiri untuk mengingati sesuatu yang sukar dan kompleks
  • Ulangkaji awal, jangan tunggu hingga saat akhir sebelum peperiksaan

KAEDAH MEMAHAMI

  • Fahami sesuatu konsep itu secara menyeluruh terlebih dahulu
  • Setelah faham barulah mudah mengingat data & menghafal
  • Menghafal membuta tuli belum tentu dapat ilmu atau faham
  • Gambarkan apa yang dibaca di dalam minda
  • Minda kita hendaklah sentiasa bersedia menerima perkara baru yang dipelajari

Sumber - Teknik Belajar Berkesan - Nur Amalina / Telaga Biru

No comments: